TONTON DRAMA ONLINE - CIK AKAK

Bersama Cik Akak menonton Drama, Movie, Novel secara online. Kenali artis-artis popular

TELEMOVIE CINTAKU TERKAIL- SKRIN TV9 | SINOPSIS CINTAKU TERKAIL

♥ Assalamualaikum ♥

TELEMOVIE CINTAKU TERKAIL- SKRIN TV9 | SINOPSIS CINTAKU TERKAIL



Cinta Terkail berkisar mengenai percubaan dua orang pemuda iaitu Lan dan Amer yang mahu mencuri hati anak gadis Pak Maun, Wani. Akan tetapi bapanya menjadi penghalang kepada hubungan mereka lantaran tidak dapat menerima mereka kerana menganggap mereka tidak dapat menjamin masa depan anaknya.
Namun, Lan dan Amer tidak pernah berputus asa sehingga mereka mendapat idea untuk mencuri masuk ke kolam ikan Pak Maun setiap malam untuk mengail ikan dan menjual ikan-ikan itu di pasar. Perbuatan mereka ini berlarutan selama beberapa hari dan mereka berjaya mendapat perhatian Pak Maun dengan kejayaan mereka memperoleh keuntungan yang banyak. Pada suatu hari sedang mereka asyik mengail, mereka tergelincir ke dalam kolam dan tersangkut pada jaring.
Jangan lupa untuk saksikan Cintaku Terkail TV9 yang akan ke udara pada jam 8.30 malam pada hari Isnin yang bertarikh 11 Januari 2016 hanya di TV9.

0 Komentar untuk "TELEMOVIE CINTAKU TERKAIL- SKRIN TV9 | SINOPSIS CINTAKU TERKAIL"

 
Copyright © 2015 Dunia Cik Akak - All Rights Reserved
Edited By BM Template By. Catatan Info